Saturday, October 20, 2012

Tema 2: Kesedaran Ruang

Pengenalan

> Tema kesedaran ruang merujuk kepada kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan.

> Terdapat 2 jenis ruang untuk melakukan pergerakan:

  • Ruang diri: Ruang yang mengelilingi individu iaitu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.
  • Ruang am: Kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan.

> Jenis pergerakan yang dipelajari dalam tema ini:

i)Bergerak pelbagai cara menggunakan ruang   am.
  • Pergerakan dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke dalam kawasan tertentu.
  • Contohnya: Bergerak dengan bebas di dalam bilik darjah yang kosong seperti berjalan, merangkak, berlari dan melompat.
  • Menggunakan alatan dalam melakukan pergerakan seperti berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam bilik sambil melantun bola. 
  • Semua pergerakan melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot. 

ii) Membuat pergerakan menggunakan ruang diri.
  • Pergerakan yang dilakukan melibatkan keseluruhan tubuh badan dan anggota badan.
  • Pergerakan bergantung kepada sejauh mana anggota boleh digerakkan dan tidak melibatkan perubahan tempat.
  • Melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan kelenturan.

Kesimpulan   
  • Pergerakan menggunakan ruang diri dan ruang am boleh dilakukan dengan pelbagai aras tinggi, sederhana dan rendah.
  • Penentuan aras pergerakan adalah dengan membandingka satu pergerakan dengan pergerakan yang lain.
  • Pergerakan pelbagai aras melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan. 


 
 
 
   







 

No comments:

Post a Comment