Saturday, October 20, 2012

Keselamatan dalam Gimnastik Pendidikan

Aspek Keselamatan

  • Lakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan.
  • Lakukan aktiviti mengikut kemampuan.
  • Sentiasa mematuhi arahan dan panduan guru.
  • Gunakan ruang secara bijak dan berkesan.
  • Pastikan kawasan aktiviti bebas daripada perkara-perkara yang membahayakan seperti lantai yang licin.
  • Lakukan aktiviti dengan bantuan rakan.
  • Pakai pakaian dan kasut yang sesuai.   

Tema 2: Kesedaran Ruang

Pengenalan

> Tema kesedaran ruang merujuk kepada kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan.

> Terdapat 2 jenis ruang untuk melakukan pergerakan:

  • Ruang diri: Ruang yang mengelilingi individu iaitu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.
  • Ruang am: Kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan.

> Jenis pergerakan yang dipelajari dalam tema ini:

i)Bergerak pelbagai cara menggunakan ruang   am.
  • Pergerakan dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke dalam kawasan tertentu.
  • Contohnya: Bergerak dengan bebas di dalam bilik darjah yang kosong seperti berjalan, merangkak, berlari dan melompat.
  • Menggunakan alatan dalam melakukan pergerakan seperti berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam bilik sambil melantun bola. 
  • Semua pergerakan melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot. 

ii) Membuat pergerakan menggunakan ruang diri.
  • Pergerakan yang dilakukan melibatkan keseluruhan tubuh badan dan anggota badan.
  • Pergerakan bergantung kepada sejauh mana anggota boleh digerakkan dan tidak melibatkan perubahan tempat.
  • Melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan kelenturan.

Kesimpulan   
  • Pergerakan menggunakan ruang diri dan ruang am boleh dilakukan dengan pelbagai aras tinggi, sederhana dan rendah.
  • Penentuan aras pergerakan adalah dengan membandingka satu pergerakan dengan pergerakan yang lain.
  • Pergerakan pelbagai aras melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan. 


 
 
 
   







 

Thursday, October 18, 2012

Tema 1: Kesedaran Tubuh Badan

> Kesedaran tubuh badan membolehkan kita   mengenali bahagian tubuh badan dan mengawal pergerakan yang dilakukan oleh tubuh.

> Pergerakan yang dilakukan menjadi asas dalam gimnastik pendidikan.

> Jenis pergerakan dalam kesedaran tubuh  badan:
  • Bergerak secara sentuhan berselang
  • Bergerak secara sentuhan selalu
  • Bergerak tanpa sentuhan seketika  

Jenis pergerakan yang terdapat dalam tema kesedaran tubuh badan:

 i) Bergerak secara sentuhan berselang
  •  Maksud Jenis Pergerakan:  
  - Bergerak dengan bahagian tubuh badan   
    menyentuh lantai berselang-seli. 

  • Jenis Aktivti:   
  1. Berjalan
  2. Berlari
  3. Skipping
  4. Merangkak
  5. Merangkak secara telentang dan 
  6. Berjalan secara melutut
   ii) Bergerak secara sentuhan berselang  
  •  Maksud Jenis Pergerakan:  
 - Bergerak dengan bahagian tubuh badan yang     sentiasa menyentuh lantai.

  • Jenis Aktivti:   
  1. Gulingan
  2. Menarik
  3. Menolak

  iii) Bergerak tanpa sentuhan seketika 

  •  Maksud Jenis Pergerakan:  
 - Bergerak dengan seluruh tubuh badan yang       sentiasa menyentuh lantai.
  • Jenis Aktivti:   
  1. Lompat bintang
  2. Lompat dakap
  3. Lompat layang

> Kesimpulan 
 
- Semua pergerakan dalam tema kesedaran tubuh badan ini melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya:
  •  kekuatan otot
  •  ketangkasan
  •  imbangan
  •  koordinasi

 

 

Tema Pergerakan dalam Gimnastik Pendidikan

> Terdapat 8 tema yang menjadi asas kepada pergerakan dalam gimnastik pendidikan

  • Kesedaran tubuh badan
  • Kesedaran ruang
  • Kesedaran masa
  • Kesedaran berkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan
  • Kesedaran beban
  • Kesedaran aliran
  • Kesedaran berkaitan dengan orang lain
  • Kesedaran ritma  
> Tetapi dalam bab ini, hanya 2 tema sahaja yang akan dipelajari:
  • Kesedaran tubuh badan
  • Kesedaran ruang 





 


Pengenalan

> Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan:
  • bentuk tubuh badan
  • ruang 
  • masa
  • aliran
  • ritma 
> Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan dalam gimnastik artistik dan gimnastik irama.